Muhyiddin jangan terus diam membisu - Utusan Malaysia

Muhyiddin jangan terus diam membisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin didesak supaya tidak terus membisu dan cuba ‘bermain cara selamat’, sebaliknya tampil memberi kata dua dan membuat keputusan mampan bagi menangani ketidakstabilan dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan dua Ahli Parlimen di negeri ini iaitu Machang dan Gua Musang menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN memperlihatkan sokongan amat tipis dan setara, iaitu 110 terhadap Muhyiddin.

Susulan itu kata Noor Hariri, Muhyiddin dilihat hilang kebijaksanaan politik dalam menjaga kerukunan ahli parti yang menyokong beliau dalam PN dan Pemuda UMNO Kelantan berpendapat beliau bukan lagi individu yang layak menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara ini.

“Perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat seperti lanjutan moratorium, memudahkan syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kekurangan insentif kepada mahasiswa, isu kematian Adib dan kes pengganas Tamil Tiger hanya diberi perhatian acuh tak acuh oleh kerajaan.

“Ini belum lagi dengan ekonomi yang meruncing akibat tiada pelaburan asing, selain banyak yang menarik pelaburan ke negara jiran. Situasi ini amat kritikal dan negara tidak mampu bertahan dengan ekonomi menguncup sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hariri berkata, Perdana Menteri dilihat menjadikan isu Covid-19 sebagai perisai untuk parti pemerintah menidakkan hak semua, tetapi pada waktu sama melakukan pelbagai gerakan politik yang terselindung tanpa pengetahuan rakyat.

“Menangani Covid-19 perlu selari dengan rancangan penjanaan ekonomi berterusan. Jangan lagi berikan pelbagai alasan.

“Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemelut politik yang berlaku akibat kegagalan dalam mendengar denyut nadi rakyat seperti yang diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya