Muhyiddin hilang majoriti sokongan - Utusan Malaysia

Muhyiddin hilang majoriti sokongan

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tidak lagi memiliki majoriti.

Demikian dakwaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya disokong 110 ahli Parlimen daripada 222 kerusi.

Menurut beliau, jumlah itu selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak lagi menyokong Muhyiddin yang sekali gus keadaan itu menyebabkan kerajaan PN tumbang kerana hilang majoriti.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, ahli Dewan Rakyat ada 222 orang tetapi dua ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik, Perak.

“Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen Ke-14 tinggal 220 orang. Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh sekarang menjadikan Perdana Menteri dan kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti,” dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN