Muhammad Haikal kembali ke pangkuan bapa - Utusan Malaysia

Muhammad Haikal kembali ke pangkuan bapa

MUHAMMAD Haikal Baharudin kini kembali ke pangkuan bapanya selepas dilaporkan hilang di Medan Selera Taman Seri Mawar, Senawang, Seremban sejak Isnin lalu.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kanak-kanak, Muhammad Haikal Baharudin, 12, yang dilaporkan hilang baru-baru ini di Medan Selera Taman Seri Mawar, Senawang rupa-rupanya menyembunyikan diri di sebuah surau di taman berhampiran.

Menurut Muhammad Haikal, dia merajuk dengan bapanya kerana dimarahi dan mengambil keputusan untuk tidur di surau berkenaan.

“Saya rasa kecewa pada masa itu dan sekarang saya sedar teguran bapa saya itu untuk mendidik diri saya jadi lebih baik. Saya menyesal sebab buat bapa risau dan menyusahkan banyak pihak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, sepanjang tempoh menyembunyikan diri itu dia hanya makan buah mangga yang dipetik dari pokok berhampiran surau itu.

“Saya minum air paip di surau sebab saya malu hendak minta dengan orang dan ada sekali seorang pakcik bagi saya makan.

“Pada hari Rabu, ada pihak rukun tetangga datang dan saya lari ke rumah ibu saudara di taman yang sama sebelum saya diserahkan kepada polis,” tambahnya.

Semalam, Utusan Online melaporkan seorang bapa bimbang dengan keadaan keselamatan anaknya yang hilang sejak awal pagi Isnin lalu.

Sementara itu, Baharudin Abdul Rahman, 56, berkata, dia mengambil anaknya petang semalam di Balai Polis Seremban 2 selepas dihubungi pihak polis.

“Saya bersyukur anak saya telah kembali ke pangkuan saya dan kini hilang bimbang saya dengan keadaan dirinya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya