MT UMNO akan serah kepada PAU - Utusan Malaysia

MT UMNO akan serah kepada PAU

AHMAD Zahid Hamidi keluar dari Bangunan UMNO Kedah, Alor Setar selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyerahkan kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) meluluskan usul penolakan kerjasama politik antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul tersebut akan dibawa ke PAU pada 31 Januari ini selepas ahli MT telah mencapai keputusan menerima usul itu.

“Usul itu (menolak kerjasama dengan Bersatu) telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 6 Januari lalu dan kita telah memutuskan untuk menerima usul itu.

“Kita akan melakukan keabsahan usul itu pada 31 Januari dalam PAU yang akan dimasukkan dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah di Bangunan UMNO Kedah di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu melaporkan sebanyak 189 daripada 191 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Hanya satu bahagian di Kelantan dan satu di Perlis bersedia mempertahankan kerjasama sedia ada

Pertemuan tersebut adalah bagi menggantikan konvensyen yang diadakan di setiap negeri menjelang Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Ahmad Zahid turut mengingatkan agar kepimpinan dan akar umbi UMNO dapat memperkukuhkan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

“MN jelasnya wajar dijadikan satu wadah penyatuan khususnya dalam menghadapi PRU-15 yang berkemungkinan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya