MSP, MAYC Pahang bantu penduduk terjejas banjir di Kampung Sembai dan Sekara - Utusan Malaysia

MSP, MAYC Pahang bantu penduduk terjejas banjir di Kampung Sembai dan Sekara

MSP dan MAYC Pahang menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas banjir di Kampung Sekara dan Kampung Sembai di Seberang Chenor, Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Meskipun situasi banjir di daerah ini secara relatifnya semakin baik tetapi ada beberapa kampung di Seberang Chenor di sini masih digenangi air dan belum dapat dihubungi dengan jalan darat.

Berikutan itu. penduduk yang ‘terkepung’ begitu memerlukan makanan tambahan untuk menyara keluarga sepanjang banjir melanda kampung mereka.

Menyedari hakikat itu, Majlis Sukan Pahang (MSP) dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang dan Perbadanan Stadium Darul Makmur bekerjasama menyampaikan 200 bakul makanan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara  (PPS) Kampung Sekara dan Kampung Sembai di Seberang Chenor.

Pengarah MSP, Zamri Hassan berkata, sumbangan itu nilai tambah daripada bantuan yang diterima mereka oleh pelbagai pihak sepanjang berada di PPS.

“Kami yakin ketua keluarga yang terjejas banjir tidak dapat bekerja dalam tempoh seminggu dua ini kerana mereka perlu membersihkan rumah daripada lapisan lumpur sebaik air banjir surut.

“Bantuan seperti beras ini dapat menampung perbelanjaan untuk keluarga terutama mereka yang hanya bekerja kampung,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan bantuan di Kampung Sembai Seberang Chenor di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MAYC negeri, Zafril Nasir berkata, difahamkan, mangsa banjir dari kampung-kampung di Seberang Chenor perlu berada beberapa hari lagi di PPS kerana banyak kawasan rendah tidak dapat dihubungi kenderaan darat.

Oleh itu ujarnya, bantuan makanan dari pelbagai pihak diperlukan di samping sumbangan tenaga membersihkan rumah diselaputi lumpur tebal. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya