Mohamad Damshal Pengarah Eksekutif Tabung Haji baru

Mohamad Damshal dilantik Pengarah Eksekutif TH yang baru

MOHAMAD DAMSHAL AWANG DAMIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mohamad Damshal Awang Damit dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji (TH) baharu bermula 11 Januari hari ini (semalam).

Dalam kenyataan medianya, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusof berkata TH mengambil kira pengalaman dan kepakaran anggota dalamannya untuk menyandang jawatan dalam pengurusan kanan sekali gus selari dengan Pelan Rancangan Penggantian yang sedang dibangunkan.

“Dengan pelantikan Mohamad Damshal, Pengurusan Kanan TH yakin kepakaran beliau dalam aspek pelaburan dapat membantu TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan dari wabak Covid-19.

“TH juga sedang menumpukan usaha untuk melahirkan lebih ramai bakat pengurusan profesional selaras dengan matlamatnya untuk menjadi sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus.”

Mohamad Damshal sebelum ini adalah Ketua Pegawai Pelaburan TH dan berpengalaman lebih 27 tahun dalam industri pelaburan tempatan dan luar negara.

Sebagai seorang penganalisis kewangan bertauliah, beliau juga adalah bekas anggota TH, berkhidmat sejak 1999 hingga 2003 dalam perancangan korporat dan mengetuai pengurusan pelaburan pendapatan tetap.

Nik Mohd. Hasyudeen juga turut menzahirkan penghargaan beliau terhadap pengarah eksekutif terdahulu yang telah banyak berjasa kepada organisasi tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Hizammuddin Jamalluddin yang sebelum ini menyandang jawatan tersebut.

“Komitmen berterusan dan kepakaran yang beliau sumbangkan sememangnya amat berharga kepada TH dan kami ucapkan selamat maju jaya untuk kerjaya baharu beliau,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya