Mesyuarat Pas jadi tumpuan hari ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat Pas jadi tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat Pas hari ini menjadi tumpuan apabila barisan kepimpinannya bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik semasa negara terutama membabitkan hubungan UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pemimpin utama Pas tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, di sini dan mesyuarat bermula jam 10 pagi ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Muhammad Abduh dilihat meninggalkan ibu pejabat parti itu jam 10.30 pagi.

Semalam, Bendahari PAS Pusat, Datuk Iskandar Abd Samad memberitahu bahawa parti itu akan membincangkan ketetapan yang diambil UMNO berkenaan usul memutuskan hubungannya dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, pemimpin veteran Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohammed, berkata parti itu akan terus berusaha agar sekutunya, UMNO, dapat menerima hakikat betapa perlunya mereka terus kekal dalam satu gabungan malah, sama ada suka atau tidak, ketiga-tiga parti Melayu-Islam di negara ini perlu kekal bersama bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Terdahulu, sumber daripada ketua-ketua bahagian mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sejumlah 189 daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PN dalam PRU-15 bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 143 daripada 191 bahagian parti (74.8 peratus) enggan bekerjasama.

PN merupakan ikatan longgar dinaungi Bersatu yang bersama-sama UMNO-BN, Pas dan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pas pada masa sama memeterai kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRU-15 namun, Pas dilihat cenderung berpihak PN terutama setelah parti itu dilantik sebagai salah satu Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN baru-baru ini sekaligus meletakkan Pas berada dalam keadaan dilema sama ada memilih PN, UMNO atau kedua-duanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya