Mayat lelaki tanpa dokumen ditemukan di Sungai Kinta - Utusan Malaysia

Mayat lelaki tanpa dokumen ditemukan di Sungai Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Mayat seorang lelaki ditemui orang awam dihanyutkan arus sungai dalam kejadian berhampiran Kampung pisang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat ditemukan orang awam kira-kira pukul 11.15 pagi yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata, polis kemudian memaklumkan penemuan itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Gajah yang kemudian ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota dan sebuah jentera.

“Anggota bomba menemukan mayat yang dilaporkan telah hanyut dibawa arus dan membawa mayat ke tebing Sungai Kinta.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki berketurunan India itu hanya memakai seluar pendek warna hitam bercorak dan dianggarkan berusia lingkungan 40-an,” katanya di sini semalam.

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian badan simati iaitu pada bahagian kaki, tangan dan kepala.

Katanya, ujian swab Covid-19 sudah dijalankan ke atas mangsa dan keputusan dijangka diketahui Isnin ini.

“Bedah siasat juga akan dijalankan pada hari sama pukul 10 pagi selepas Jabatan Forensik Hospital Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh setelah keputusan Covid-19 diketahui.

“Proses cap jari bagi mengesan identiti mangsa juga telah diambil dan kes disiasat di bawah SDR (mati mengejut) sehingga keputusan bedah siasat diketahui untuk mengetahui punca kematian,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai telah hanyut dalam Sungai Kinta kurang dari tempoh 24 jam berdasar keadaan mayat yang masih elok dan cukup semua bahagian anggota tubuh badan.

Beliau berkata, polis turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh terdekat untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Saerah (IPD) Batu Gajah Gajah di talian 05-3629222.- UTUSAN ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya