Maritim Malaysia Terengganu bantu kru kapal alami strok di laut - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia Terengganu bantu kru kapal alami strok di laut

DAUD Mohd. Yassin, kru kapal MV Berkat Tenang yang mengalami strok tiba di Pelabuhan Kemaman untuk rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kru kapal MV Berkat Tenang yang mengalami strok ketika bekerja dibawa ke Pelabuhan Kemaman untuk menerima rawatan di Hospital Kemaman hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bantuan kecemasan itu diberikan kepada Daud Mohd. Yassin, 73, selepas dilaporkan terjatuh semasa melakukan rutin harian di atas kapal yang berlabuh di kedudukan satu batu nautika dari Pelabuhan Kemaman.

Katanya, kru kapal tersebut telah menghubungi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan untuk mendapatkan bantuan pemindahan perubatan ke hospital berhampiran.

“Zon Maritim Kemaman yang menerima laporan kejadian itu pada pukul 9.25 pagi bergegas ke lokasi dengan bot Kilat 27, namun keadaan laut dengan ombak besar tidak mengizinkan kerja-kerja pemindahan.

“Jadi, kita mengiringi kapal MV Berkat Tenang ke Pelabuhan Kemaman sebelum mangsa diserahkan kepada anggota Maritim Malaysia bertugas untuk rawatan awal dan seterusnya dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Muhamamd Suffi, mangsa yang berasal dari Skudai, Johor tiba di Hospital Kemaman kira-kira pukul 11 pagi dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (pusat operasi) Maritim Terengganu – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya