MAQIS Selangor rampas 86,500 kg bawang dari China, Pakistan

MAQIS Selangor rampas 86,500 kg bawang dari China, Pakistan

BAWANG yang dirampas daripada sebuah syarikat pemborong yang cuba menyeludup masuk bahan makanan itu di Pelabuhan Barat, Selangor Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Cubaan sebuah syarikat pemborong tempatan membawa masuk dua kontena bawang merah dan Holland mengundang padah apabila dirampas di Pelabuhan Barat di sini Selasa lalu.

Rampasan bawang dari China dan Pakistan itu 86,500 kilogram dianggarkan bernilai RM179,822.85.

Difahamkan, bawang itu cuba diseludup syarikat pemborong yang beroperasi di sebuah negeri di pantai timur sejak 2009.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kontena itu telah sampai ke pelabuhan sejak seminggu lalu dan dirampas kerana tidak mematuhi syarat yang dinyatakan pada permit import MAQIS iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).

“Kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta 728),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, hasil siasatan mendapati kesalahan tersebut merupakan yang pertama dilakukan syarikat pemborong tersebut.

“Siasatan akan dijalankan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.

“Kita mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya