Mangsa banjir Terengganu naik lagi - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu naik lagi

PANDANGAN dari udara kawasan yang terjejas banjir di Kemaman, hari ini.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan dengan pertambahan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) baharu di daerah Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 6 petang ini, seramai 13,220 mangsa membabitkan 3,352 keluarga ditempatkan di 51 PPS di tiga daerah.

Katanya, sebuah PPS di Besut yang menempatkan seramai 53 mangsa ditutup sepenuhnya pukul 10 pagi ini.

“Jumlah mangsa di Kemaman yang merupakan daerah tertinggi terjejas banjir tidak mencatatkan peningkatan ketara dengan seramai 11,132 orang berbanding 11,065 mangsa yang direkodkan pagi ini.

“Bagaimanapun, di Dungun mangsa meningkat daripada 1,574 orang kepada 1,952 orang dengan pertambahan lima PPS menjadikan kesemuanya yang beroperasi sebanyak 22 PPS,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Che Adam, cuaca masih mendung dan kadangkala hujan di beberapa kawasan di samping paras sungai yang terus mencatatkan trend menurun di bahagian hul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya