Mangsa banjir di Perak semakin berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak semakin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bilangan mangsa banjir di negeri ini terus mencatat penurunan kepada 196 orang daripada 53 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 359 orang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, sebuah PPS ditutup hari ini iaitu di Dewan Serbaguna Chikus di Daerah Hilir Perak.

Menurutnya, kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

“PPS di Dewan MPTI TeluK Intan di Hilir Perak menempatkan 171 orang,  Dewan Orang Ramai Kampung Perah di Gerik 16 orang dan Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Air di Perak Tengah sembilan orang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya