Mangsa bah dapat perhatian Sultanah Terengganu, anakanda - Utusan Malaysia

Mangsa bah dapat perhatian Sultanah Terengganu, anakanda

SULTANAH NUR ZAHIRAH mencemar duli menyantuni mangsa banjir di PPS Dewan Masjid Kampung Serdang di Dungun hari ini.. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini berkenan mencemar duli menyantuni 109 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Kampung Serdang di sini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Baginda yang tiba kira-kira pukul 11.10 pagi berkenan meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan penduduk terjejas di samping mengurniakan sumbangan barangan makanan kepada 32 keluarga yang terlibat.

Yang hadir sama, Pegawai Daerah, Anuar Awang. 

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Maliza Mat Ali, 40, berkata, kesedihan akibat ditimpa bencana banjir sedikit terubat apabila dapat bertemu dengan Sultanah Nur Zahirah.

“Sultanah sempat bertanya khabar dan ini merupakan kali pertama saya berpeluang tengok baginda secara dekat sejak menjadi mangsa banjir.

“Kami turut menerima sumbangan daripada baginda yang prihatin dengan nasib penduduk terjejas banjir,” katanya yang dua kali berhadapan dengan banjir sejak November tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya