Sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 akan dibekalkan mulai Februari - Utusan Malaysia

Sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 akan dibekalkan mulai Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuat perolehan bekalan tambahan 12.8 juta dos vaksin bagi pembekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b.

Tambahan bekalan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan vaksin dari syarikat farmaseutikal itu sebanyak 25 juta dos meliputi 39 peratus populasi penduduk Malaysia dan akan diterima sepanjang tahun ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. itu turut melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari ini.

Katanya, jumlah itu meliputi 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan suntikan dua dos seorang.

“Perjanjian yang dimeterai pada hari ini adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian Manufacturing & Supply Agreement (MSA) dimeterai oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Dr. Adham Baba bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Bagi wakil Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. pula diwakili oleh CountryManager (Malaysia/Brunei),Luksanawan Thangpaibool secara virtual di Pejabat Menteri, di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya