KUANTAN: Harga barang binaan khususnya besi dijangka terus meningkat sehingga Mac ini dan akan menjadi malapetaka kepada semua kontraktor jika tiada penyelesaian terbaik diambil. Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang juga Pengerusi G1 Malaysia, Abd. Gapar Lambak berkata, trendnya semakin menunjukkan peningkatan yang ketika ini harganya antara RM3,100 hingga RM3,200 satu tan. “Kenaikannya sudah lebih 30 peratus dan jika berterusan tentunya kontraktor akan rugi dan dijangka antara 60 peratus hingga 70 peratus projek-projek pembinaan akan terbengkalai. “Ini kerana, harga tender ditawarkan tidak lagi relevan dengan harga bahan binaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya