Mahkamah tolak permohonan Jamal Yunos

Mahkamah tolak permohonan Jamal Yunos

JAMAL MD. YUNOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos untuk menangguhkan perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin terhadapnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Hakim Datuk Rozana Ali Yusof memutuskan demikian dengan kos sebanyak RM1,000 perlu dibayar oleh Jamal kepada Bee Yin.

Menurut peguam, Datuk Sankara Nair yang mewakili bekas menteri itu, dengan keputusan mahkamah hari ini, perbicaraan kes itu ditetapkan selama empat hari iaitu pada 2 dan 4 Mac serta 12 dan 13 April ini.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam-peguam, V. Muguthan dan Mohammad Nasser Yusof bagi pihak Jamal.

Jamal sebelum ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu sementara menunggu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Ogos 2020 yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman itu.

Pada 14 Jun 2017, Bee Yin selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Jamal berhubung kenyataan memfitnah berkaitan dakwaan menyalahgunakan dana Yawas.

Menurut pernyataan tuntutannya, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan memfitnah pada 21 Mac 2017 dan kenyataan itu diterbitkan oleh beberapa akhbar, portal berita dan dalam akaun Facebook Jamal.

Bee Yin mendakwa kenyataan Jamal, antara lain memberi tanggapan yang beliau menyalahgunakan dana awam untuk kegunaan peribadi dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Selain ganti rugi am RM5 juta, Bee Yin juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi untuk menghalang Jamal daripada mengulangi dakwaannya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya