Lorong kecemasan, lorong kiri Bidor-Tapah arah utara PLUS ditutup

Lorong kecemasan, lorong kiri Bidor-Tapah arah utara PLUS ditutup

KERJA-KERJA penyelenggaraan dan pembaikan lorong kecemasan di KM 330.05 hingga KM328.95 arah utara Lebuhraya Utara Selatan dekat Tapah. - IHSAN PLUS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lorong kecemasan dan lorong kiri antara Bidor dan Tapah di Kilometer (KM) 330.05 hingga  KM328.95 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan mulai 18 Januari ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, penutupan ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Menurut PLUS, lorong berkenaan akan dibuka bermula pukul 12.30 tengah hari pada 22 Januari ini.

“Bagaimanapun lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan. 

“Justeru pengguna yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” kata kenyataan tersebut.

PLUS turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan ketika melalui  kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya