Lelaki warga emas maut dalam rumah sewa yang terkunci

Lelaki warga emas maut dalam rumah sewa

ANGGOTA bomba mengumpil pagar kediaman seorang lelaki warga emas yang ditemukan mati dalam rumah sewa di Jalan Seroja Indah, Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam rumah sewanya di Flat Seroja Indah, Jalan Seroja Indah, Tampoi dekat sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.22 pagi.

Ujarnya, seramai empat anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikejar ke lokasi kejadian.

“Pemilik rumah memaklumkan mangsa sudah tidak dapat dihubungi sejak tiga hari lalu sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

“Setibanya di lokasi, anggota terus bertindak membuka pintu kunci rumah mangsa yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Haizrul, mangsa ditemukan tersandar dan tidak sedarkan diri di sebuah kerusi di kawasan ruang tamu kediaman itu. 

Katanya, selepas pemeriksaan dibuat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kematian mangsa bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa,” ujarnya yang memaklumkan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 11.12 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya