Lelaki Orang Asli hilang ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Lelaki Orang Asli hilang ditemukan lemas

MAYAT mangsa yang ditemukan lemas ketika keluar mencari ketam di kawasan hutan paya bakau Sungai Boh, Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Lelaki Orang Asli dari perkampungan Orang Asli Seletar di Gelang Patah, di sini yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Khomari Bakar berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 4 petang kira-kira dua kilometer daripada lokasi bot mangsa.

Ujarnya, seramai 23 anggota bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), polis dan penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR bagi mencari mangsa.

Semalam, mangsa yang dikenali sebagai Wang Nad, 40-an, dilaporkan hilang oleh isterinya selepas tidak pulang pada lewat petang sejak keluar mencari ketam di kawasan hutan paya bakau seawal pukul 7 pagi kelmarin.

Sehubungan itu, operasi SAR terus dilaksanakan pihak berkuasa dengan melibatkan radius pencarian tiga kilometer dari lokasi bot mangsa ditemui.

Tambah Shamsul Komari, pihaknya turut digerakkan untuk operasi tersebut termasuklah enam buah jentera dan Unit Pengesan K9, serta kira-kira 20 buah bot termasuk bot awam.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Tanjung Maritim Malaysia Gelang Patah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 6.15 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya