Lelaki jatuh jambatan ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Lelaki jatuh jambatan ditemukan mati lemas

ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa lemas di Jambatan Sungai Sabak Bernam di Hutan Melintang hari ini. -IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Sungai Sabak Bernam berhampiran Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang di sini semalam ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat, T. Sreetharan, 45, ditemukan pasukan bomba pada pukul 10.50 pagi kira-kira satu kilometer dari jambatan berkenaan.

Difahamkan, keluarga lelaki itu membuat laporan polis semalam selepas menjumpai selipar milik mangsa di atas jambatan kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Zulkaflee Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan setelah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.10 pagi.

Katanya, mangsa kemudiannya berjaya dijumpai dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.

“Mangsa dijumpai pada pukul 10.50 pagi kira-kira satu kilometer dari jambatan. Mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi tersebut yang disertai tujuh anggota bomba selain tujuh anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditamatkan pada pukul 1 petang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya