Lelaki ditemukan maut di ruang tamu - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan maut di ruang tamu

SEORANG lelaki ditemukan maut di dalam rumahnya dalam keadaan menghadap komputer riba dalam kejadian di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Anggota pasukan bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah di Taman Jambu Mawar, Bukit Mertajam di sini malam tadi selepas penghuninya dilaporkan tidak sedarkan diri dalam keadaan pintu rumah terkunci. 

Perkara itu disedari jiran mangsa yang menghubungi bomba kira-kira pukul 9.30 malam. 

Difahamkan, ketika ditemukan, mangsa berusia 60-an yang dipercayai tinggal bersendirian itu berada di ruang tamu dalam keadaan duduk di atas lantai dan menghadap sebuah komputer riba. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan oleh jiran mangsa yang memaklumkan pintu rumahnya terkunci dan mangsa dikhuatiri telah meninggal dunia. 

“Bomba memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas sebelum mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam rumah. 

“Mangsa disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Jurucakap itu berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda itu tamat pukul 10.07 malam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya