Lebih baik isytihar darurat kesihatan - Utusan Malaysia

Lebih baik isytihar darurat kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Langkah untuk mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut dilihat lebih baik diambil berbanding langkah pelaksanaan darurat ketika ini yang menyebabkan Perlembagaan Persekutuan digantung dan Parlimen tidak berfungsi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan, negara berada dalam kedudukan yang sangat unprecedented dalam sejarahnya dan ketika Covid-19 semakin menular serta ekonomi merudum, kerajaan mengisytiharkan darurat.

Jelasnya, pengisytiharan darurat ketika ini adalah hanya untuk memastikan pandemik Covid-19 terkawal oleh itu ordinan spesifik mengenainya lebih baik untuk dilaksanakan.

“Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan The state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

“Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik Covid-19 ketika ini.

“UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar. Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

“Malaysia adalah demokrasi yang berjaya malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik dalam kalangan negara Islam. Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa juga cabaran yang melanda negara ini dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya