Lebih 400 penduduk Felda Tersat jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 400 penduduk Felda Tersat jalani saringan Covid-19

Dua bazar Ramadan di Besut diarah tutup ekoran pengesanan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lebih 400 penduduk di Felda Tersat di sini menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini berikutan peningkatan kes di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Tersat, Maaruddin Jusoh berkata, rata-rata penduduk memberikan kerjasama baik dengan tampil melakukan saringan di dewan serbaguna kampung itu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Petang semalam, saya dan pihak pengurusan Felda dimaklumkan tentang ujian saringan akan diadakan hari ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah lalu menghebahkan perkara itu kepada penduduk. 

“Jumlah kehadiran penduduk yang tampil melakukan saringan secara tidak langsung menunjukkan rasa tanggungjawab mereka demi keselamatan bersama, terima kasih diucapkan dan semoga kita terus mematuhi peraturan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu, kenyataan daripada pegawai kesihatan daerah yang memohon penduduk Felda Tersat menjalani ujian saringan Covid-19 itu tular dalam media sosial.

Dalam kenyataan tersebut orang ramai bersama seluruh ahli keluarga disaran hadir bagi membolehkan anggota kesihatan menjalankan kerja-kerja saringan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya