Lebih 360 laporan pagar rosak dibuat - Lebuhraya Pantai Timur 2

Lebih 360 laporan pagar rosak dibuat – LPT2

LEBIH 360 laporan polis dibuat syarikat konsesi LPT2 berhubung kerosakan pagar dalam tempoh 2019 hingga 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lebih 360 laporan polis dibuat syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhubung kerosakan pagar dalam tempoh 2019 hingga 2020.

Ketua Perhubungan Korporat, Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammad Idid Syed Ahmad Idid berkata, pemantauan mendapati pagar LPT2 dipotong pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil jalan pintas ke lebuh raya.

“Bagaimanapun, terdapat juga kejadian yang pagar dirosakkan penternak hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada haiwan mereka meragut rumput di dalam kawasan lebuh raya.

“Kita telah melakukan pelbagai inisiatif bagi mengatasi isu ternakan berkeliaran di LPT2 termasuk menyediakan pintu penyelenggaraan yang dilengkapi perangkap jeriji khas di lokasi strategik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Mohammad Idid berkata, LPT2 turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menangkap serta mengalihkan haiwan-haiwan ternakan yang memasuki lebuhraya secara berkala sejak 2019.

Di samping itu, katanya, rondaan secara berterusan sentiasa dilakukan terutama di kawasan yang dikenal pasti kerap diceroboh. 

Menurutnya, hasil daripada langkah-langkah yang diambil itu jumlah kemalangan disebabkan haiwan ternakan di LPT2 menurun sebanyak 12 peratus sepanjang tempoh 2019 hingga 2020.

“Bagaimanapun, kita percaya isu ini akan dapat ditangani dengan kerjasama komuniti, justeru, kita menggesa penduduk termasuk pemilik lembu dan kerbau di sepanjang jajaran LPT2 supaya tidak merosakkan pagar bagi mengelakkan haiwan berkenaan memasuki kawasan lebuh raya dan seterusnya mengancam keselamatan pengguna.

“Program advokasi melibatkan kerjasama pengurusan masjid atau surau di lokasi yang dikenal pasti akan dilakukan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada penduduk sekitar tentang implikasi tindakan mereka terhadap keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya