Lebih 300 bungkus makanan tengah hari untuk runner, rider di Kemaman - Utusan Malaysia

Lebih 300 bungkus makanan tengah hari untuk runner, rider di Kemaman

Kira-kira 80 pekerja penghantar merayu kerajaan menyediakan satu undnag-undang khas menjaga kebajikan mereka. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lebih 300 bungkus makanan tengah hari percuma diagihkan kepada kalangan runner dan rider di daerah ini hari ini.

Sumbangan itu diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat sebagai tanda prihatin terhadap jasa pekerja perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan kepada masyarakat terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

Hanafiah berkata, selain mengedarkan makanan secara pandu lalu pihaknya turut memberikan sumbangan duit minyak kepada runner dan rider sebagai hadiah buat mereka.

“Pekerjaan sebagai runner atau rider cukup mencabar kerana mereka sentiasa mengejar masa dan berada di atas jalan raya di samping berdepan dengan pelbagai risiko bagi memastikan pesanan pelanggan dapat dihantar dengan segera. 

“Adakalanya ada yang tidak sempat menjamah makanan kerana mengejar masa dan kita menghargai penat lelah mereka,” katanya kepada pemberita di Pejabat DUN di sini.

Program Sebungkus Nasi Setulus Hati itu berlangsung selama tiga jam bermula pukul 11 pagi. 

Hanafiah berkata, kebanyakan rider atau runner merupakan kalangan belia berusia 25 tahun ke bawah dan baharu memasuki alam pekerjaan di samping segelintirnya yang bertukar kerja. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya