Langkah keselamatan mengikut prosedur ditetapkan - Utusan Malaysia

Langkah keselamatan mengikut prosedur ditetapkan

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) dan kementerian itu telah mengambil segala langkah keselamatan ketika sesi latihan terjunan Building, Antenna, Span, Earth (BASE) semalam.

Malah, kedua-dua pihak mengikut prosedur yang ditetapkan seperti penyediaan pasukan keselamatan dan kecemasan di lokasi.

“Pihak PPj telah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan kebenaran telah diberi berdasarkan syarat dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai mengulas laporan insiden seorang peserta, Azuan Taharuddin maut ketika latihan penerjunan BASE dari bangunan kementerian itu semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali mengesahkan pihaknya tidak menerima makluman berhubung latihan itu sebagaimana dilakukan PPj sebelumnya.

Beliau bahkan berasa kesal dan menyifatkan tindakan penganjur sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya tahu kes itu selepas mayat dihantar ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun PPj menerusi kenyataan susulan mendakwa agensi itu sudah mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk meletakkan pasukan SMART di lokasi kejadian.

Mengulas lebih lanjut, kementerian itu menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga Allahyarham susulan kemalangan tidak dijangka yang melibatkan peserta berkenaan.

Latihan terjunan BASE itu semalam, jelas kementerian tersebut, dilaksanakan sebagai siri persiapan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada 1 Februari ini.

“Ia merupakan acara sukan ekstrem yang diadakan di bangunan kementerian setiap tahun dan penganjurannya berjaya tarik penyertaan penerjun daripada luar negara,” katanya.

Bangunan itu dijadikan pilihan kerana ia adalah tertinggi di Putrajaya dengan 39 tingkat dan ketinggian 172 meter dari paras lantai serta memegang rekod ke-58 tertinggi di Malaysia.

Mula dibina pada 2006 sebelum siap pada 2011, bangunan itu menjadi antara bangunan ikonik di Presint 4, Putrajaya yang dipenuhi pencakar langit beberapa pejabat kementerian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya