Lagi wanita diperdaya kenalan Facebook - Utusan Malaysia

Lagi wanita diperdaya kenalan Facebook

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Peniaga di sini kerugian RM5,500 sejurus membayar kos pengangkutan ke atas barang dikirim kenalan Facebook yang baharu dikenalinya.

Kejadian bermula selepas wanita berusia 26 tahun itu berkenalan dengan lelaki bernama Chris Wang melalui laman sosial itu pada 29 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berkenaan menghantar barang kepada mangsa yang berupa hadiah tanda persahabatan.

“Pada 7 Januari lalu, mangsa dihubungi individu yang memperkenalkan diri dari pihak kastam dan meminta wanita itu membayar kos pengangkutan barang.

“Tanpa sebarang syak, mangsa membuat bayaran kepada akaun milik seorang wanita pada keesokan hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, individu yang sama sekali lagi telah menghubungi mangsa pada 9 Januari dan meminta bayaran pengesahan anti penyelewengan wang kepada kastam.

“Mangsa mula berasa sangsi dan tidak melakukan bayaran dan terus membuat laporan polis kerana berasa tertipu,” katanya.

Laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jaya Gading di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya