Lagi 415 ditahan dengan 377 daripadanya dikompaun - Utusan Malaysia

Lagi 415 ditahan dengan 377 daripadanya dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 415 individu diberkas semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mereka ditahan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh polis dengan melakukan sebanyak 47,525 pemeriksaan dan meliputi pelbagai premis terdapat di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 377 dikompaun manakala 38 direman dengan kes tertinggi gagal sedia alatan merekod butiran diri iaitu 169.

“Ini diikuti tidak memakai pelitup muka (153), tiada jarak fizikal (60), aktiviti pusat perjudian (31) dan parti persendirian (2),” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini.

Sejumlah 2,554 pasukan meliputi 10,877 anggota telah memantau 3,365 pasar raya, 4,522 restoran, 1,376 kilang, 1,720 pasar awam, 2,898 rumah ibadah dan 1,229 tempat riadah.

Sejumlah 47 pendatang asing tanpa izin, empat tekong dan lima penyeludup ditahan melalui Operasi Benteng bagi kekang jenayah rentas sempadan dan sekat penularan Covid-19.

“Sebanyak sembilan buah kenderaan darat juga dirampas, manakala 112 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Dalam pada itu, 45 operasi sanitasi awam juga dijalankan di seluruh negara yang melibatkan seramai 295 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan 59 buah jentera.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 8,420 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 93,669 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 79 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan semalam memeriksa 19 tapak binaan dengan 17 daripada mematuhi peraturan ditetapkan dan dua pula tidak beroperasi. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya