Lagi 18.4 juta vaksin Covid-19 diterima Mac ini - Adham

Lagi 18.4 juta vaksin Covid-19 diterima Mac ini

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 18.4 juta dos vaksin Covid-19 untuk keperluan 28.75 peratus rakyat negara ini akan mula dibekalkan oleh dua syarikat pembekal iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd.  penghujung Mac ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, syarikat PLS akan membekalkan sebanyak 12 juta dos Covid-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated yang dihasilkan oleh Sinovac Life Science Co. Ltd. 

Katanya, pembekalan vaksin jenis itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai  April ini. 

Sementara itu, kata beliau, syarikat Duopharma (M) Sdn. Bhd. pula akan membekalkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology & Microbiology di Rusia yang dijangka mula dibekalkan secara berperingkat mulai penghujung Mac ini.

“Bagi vaksin Covid-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated, setiap penerima akan diberikan dua dos suntikan vaksin di mana suntikan dos kedua adalah selepas 14 hari dari dos pertama. 

“Dengan jumlah 12 juta dos ini, kementerian menjangkakan liputan program imunisasi kepada 6 juta orang atau 18.75 peratus daripada jumlah populasi di Malaysia, berusia 18 tahun ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Adham menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal itu mewakili kerajaan Malaysia manakala Pengarah Urusan PLS, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar mewakili pihak masing-masing.

Menurut Adham, bagi vaksin Sputnik V pula, setiap penerima akan menerima sebanyak dua dos suntikan yang mana suntikan dos kedua adalah selepas 21 hari dari dos pertama.

Katanya, dengan jumlah 6.4 juta dos itu, kementerian menjangkakan liputan program imunisasi kepada 3.2 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah populasi di Malaysia, berusia 18 tahun ke atas.

“Pembekalan vaksin dari kedua-dua syarikat ini akan dimulakan setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

“Kementerian sebelum ini telah menandatangani perjanjian pembekalan vaksin dengan syarikat Pfizer dan AstraZeneca. Jumlah dos vaksin yang diperoleh dari kedua-dua syarikat masing-masing adalah sebanyak 24.28 juta dos dan 6.4 juta dos,” katanya.

Dalam pada itu, Adham berkata, perolehan vaksin-vaksin itu akan diselaraskan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang pada masa ini dalam proses akhir mendapat kelulusan kerajaan. 

Beliau menegaskan, keutamaan kerajaan adalah menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan Malaysia bebas daripada Covid-19 di samping pemulihan ekonomi negara. 

“Justeru, perolehan vaksin-vaksin ini membolehkan kerajaan berada di landasan terbaik untuk mencapai keutamaan tersebut,” katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini telah menandatangani perjanjian pembekalan vaksin dengan syarikat Pfizer dan AstraZeneca dengan perolehan dari kedua-dua syarikat masing-masing adalah sebanyak 24.28 juta dos dan 6.4 juta dos. 

Perolehan vaksin juga termasuk Sinovac Biotech dengan kapasiti 14 juta dos diikuti Fasiliti Covax (6.4 juta dos), Institut Penyelidikan Gamaleya (Gamaleya Research Institute) (6.4 juta dos) dan Cansino Biologics (3.5 juta dos). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya