KPKT rangka dasar berkaitan populasi warga tua - Utusan Malaysia

KPKT rangka dasar berkaitan populasi warga tua

ZURAIDA Kamaruddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka polisi berkaitan populasi warga tua yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya yang mengambil langkah proaktif dalam mendepani isu terbabit sedang melaksanakan penyelesaian holistik menerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Katanya, polisi ini akan merangkumi semua elemen asas yang diperlukan bagi warga emas hidup dalam persekitaran yang harmoni dengan kemudahan kesihatan yang mencukupi.

 “PRIMA juga akan bekerjasama dengan rakan strategik bagi membangunkan beberapa hartanah persaraan di atas tanah milik agensi perumahan mampu milik.

“Kami memastikan dasar dibangunkan mengambil kira implikasi dan kesan perubahan demografi dengan memperkenalkan kawasan kejiranan yang lebih kondusif kepada penuaan sihat yang merangkumi penjagaan, empati terhadap keutamaan warga tua dan perumahan untuk warga tua yang menjadi salah satu keutamaan kementerian melalui Dasar Komuniti Negara (DKomN) dan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM),” katanya dalam ucapannya sempena persidangan Malaysian Population Aging Forum secara maya di sini hari ini.

Zuraida berkata, menjadi warga tua membuka ruang cabaran dan peluang maka adalah penting untuk semua pihak menyeimbangkan pembuatan dasar untuk warga tua. 

Katanya, ia bukan hanya untuk warga tua tetapi semua pihak di mana hidup lebih lama dengan kesihatan yang lebih baik adalah salah perkara penting.

“Malaysia perlu belajar dari Singapura dan Jepun dalam menyiapkan diri untuk menghadapi pertambahan warga tua dalam kalangan rakyatnya.

“Jepun melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memenuhi keperluan penduduknya terutamanya warga tuanya bagi merancakkan ekonomi pada masa depan,” katanya.

Tambahnya, Singapura pula, mempunyai ramai rakyatnya yang berusia sekitar 83 tahun dan kerajaan negara itu, membuat pelaburan besar membabitkan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan potensi modal insan serta pembangunan peribadi dan integrasi sosial. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya