Kontak rapat Kluster Beringin dinasihat buat ujian calitan

Kontak rapat Kluster Beringin dinasihat buat ujian calitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri menasihatkan semua kontak rapat pekerja dua kilang di Pulau Pinang yang positif Covid-19 membabitkan Kluster Beringin melakukan ujian calitan di klinik kesihatan daerah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, setakat ini, pihaknya mengesan 25 kes daripada kluster berkenaan di negeri ini.

“Mereka ini terdiri daripada pekerja kilang yang berulang-alik setiap hari dan menetap sekitar Kulim dan Sungai Petani.

“Jadi kita nasihatkan mana-mana kontak rapat mereka membuat ujian calitan segera. Kita juga berharap pihak kilang berkenaan melakukan kuarantin terhadap semua pekerja mereka bagi mengelak penularan wabak itu di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat pertambahan sebanyak 65 kes bagi Kluster Beringin.

Mengulas lanjut kata Dr. Hayati, pihaknya melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes Covid-19 yang turut berpunca daripada rentas negeri.

“Dalam hal ini, semua pihak perlu mengambil sikap bertolak ansur dan kasihanilah anggota keluarga di kampung. 

“Walaupun tiada larangan rentas negeri, namun mereka dari Zon Merah, Zon Jingga ini tidak perlulah pulang ke kampung kerana risiko mereka membawa pulang jangkitan tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya