Kolej tingkatan enam ditutup, guru positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Kolej tingkatan enam ditutup, guru positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTETF) Durian Daun, di sini yang menempatkan seramai 499 pelajar diarahkan tutup serta-merta susulan seorang guru lelaki disahkan positif Covid-19, hari ini.

Arahan penutupan selama tujuh hari itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Penutupan sementara itu hanya melibatkan kolej tingkatan enam sekolah berkenaan sahaja bermula 22 hingga 28 Januari dan penutupan itu atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

“Difahamkan guru lelaki terbabit tidak bergejala, namun mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu terbabit telah diminta membuat saringan Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang dengan situasi tersebut kerana tindakan segera telah dilaksanakan.

Beliau berkata, kesemua guru dan pelajar akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya