Kolaborasi UMP Holdings dan Yayasan UMP bantu komuniti terkesan - Utusan Malaysia

Kolaborasi UMP Holdings dan Yayasan UMP bantu komuniti terkesan

MOHD. Shahar Abdullah (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan sumbangan Yayasan UMP dan UMP Holdings untuk mangsa banjir sekitar Paya Besar oleh Ir. Dr. Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman (tiga dari kanan) dan Zainuddin Mat Hussin (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bersimpati dengan nasib mereka yang terkesan akibat banjir, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan pelbagai barangan keperluan untuk dimanfaatkan mangsa. 

Baru-baru ini, Skuad Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prihatin dari Yayasan UMP dan UMP Holdings telah menyampaikan sumbangan bantuan untuk lebih 300 komuniti yang terjejas banjir di sekitar Sungai Lembing, Panching dan Paya Besar. 

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah yang juga Timbalan Menteri Kewangan II, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holdings, Ir. Dr. Syed Mohamad Hamzah Al-Junid Syed Abdul Rahman dan Ketua Pejabat Naib Canselor, Zainuddin Mat Hussin.

Menurut Syed Mohamad Hamzah, kolaborasi strategik berkenaan sebagai salah satu tangungjawab sosial UMP Holdings dalam membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda kebanyakan daerah di negeri ini. 

“Setelah berjaya dalam Projek Tabung triUMPH Frontliners 1 dan 2 hasil kerjasama Alumni UMP bagi membantu barisan hadapan, kini kami mengumpulkan sumbangan secara bersasar untuk Projek UMPH Flood Relief: Bersama Kita Cakna untuk membantu mangsa banir,” katanya yang menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM35,000.00 bagi tujuan itu. 

Selain itu katanya, pihaknya turut mengagihkan air minuman dan cecair nyah kuman kepada seramai 2,400 penerima di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir. 

Sehingga kini, Yayasan UMP menerima lebih 20 tan barangan sumbangan seperti pakaian kanak-kanak, makanan, barangan pembersihan, selimut, bantal dan cadar yang keseluruhannya bernilai lebih RM100,000. 

Sumbangan orang ramai, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dermawan dialu-alukan untuk menyumbang ke Tabung Bencana UMP bagi penyediaan keperluan asas, barang dapur, kelengkapan selimut dan kit pembersihan akibat bencana agar lebih ramai menerima manfaat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya