DALAM Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Wan Saiful Wan Jan yang buat pertama kalinya bertanding, tewas di Parlimen Pendang. Beliau yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2018 itu tewas kepada calon Pas, Awang Hashim yang menang dengan majoriti 5,808 undi dalam pertandingan empat penjuru. Wan Saiful yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) memperoleh undi sebanyak 14,901 dengan turut ketinggalan di belakang calon Barisan Nasional (BN), Othman Abdul yang memperoleh 20,728 undi. Selepas Pendang, persoalan kini di manakah destinasi Ketua Penerangan Bersatu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya