Kerja di pejabat selamat selagi patuh SOP - Dr Safiyya - Utusan Malaysia

Kerja di pejabat selamat selagi patuh SOP – Dr Safiyya

DR. SAFIYA AMARAN (kanan) pada program Sembang Pagi Unisza di Kuala Nerus ,hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Keperluan untuk bekerja di pejabat semasa tempoh Covid-19 tidak mengundang bahaya kepada mana-mana kakitangan selagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Dr. Safiya Amaran, berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua kakitangan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk melakukan penjarakan sosial sepanjang bertugas.

“Tahap risiko jangkitan bergantung kepada sejauh mana individu itu mengamalkan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam program Sembang Pagi Unisza yang bertajuk Covid -19: Bekerja di Pejabat, Selamatkah Kita?’ secara dalam talian di sini hari ini

Menurut Safiya, Unisza misalnya memiliki persekitaran yang selamat dari segi keluasan pejabat sekali gus membolehkan pelaksanaan amalan penjarakan sosial dalam kalangan kakitangannya.

Bagaimanapun, katanya, amalan SOP lain masih perlu dipatuhi para petugas agar masing-masing terhindar daripada ancaman Covid-19.

Katanya, Unisza sebelum ini turut membangunkan sistem penilaian risiko Covid-19 dikenali sebagai CHaSe bagi membantu organisasi atau universiti mengesan dan mengurus risiko jangkitan.

“Aplikasi Penilaian Risiko Covid-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri itu turut membantu kita memantau tahap risiko dan kesihatan kakitangan setiap hari sebelum memulakan tugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya