Kerajaan NS mohon lanjut tarikh kemasukan persekolahan - Utusan Malaysia

Kerajaan NS mohon lanjut tarikh kemasukan persekolahan

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memohon Kementerian Pendidikan menilai semula tarikh kemasukan sesi persekolahan tahun ini di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk di negeri ini yang telah ditetapkan pada 20 Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penetapan tarikh kemasukan sekolah pada 26 Januari ataupun pada awal bulan Februari depan dilihat sebagai wajar mengambil kira tempoh 14 hari pelaksanaan PKPB.

“Matlamat kita buat selama 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB adalah bagi memastikan bahawa dapat diselesaikan (peningkatan kes positif Covid-19), kita lihat dahulu perkembangannya.

“Saya lihat apabila buat 20 hari bulan (kemasukan murid), akan datangkan masalah, ibu bapa akan hantar dan ambil anak mereka di sekolah, di sekolah masalah itu (kes Covid-19) akan lebih rumit. Jika dapat diselesaikan 14 hari, kita yakin jika ada kes-kes positif, ia telah dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

Tambah Aminuddin, walaupun ada prosedur standard operasi (SOP) di sekolah-sekolah, beliau tetap berpandangan kemasukan ke sesi persekolahan pada 20 Januari depan boleh mengundang risiko penularan semula Covid-19.

“Walaupun ada SOP, kerajaan negeri berharap perkara ini diberikan perhatian, biarlah bermula 26 Januari atau awal bulan Februari, ia bagi memastikan komitmen kita dalam PKPB dapat mencapai matlamatnya.

“Kita tak mahu nanti sehingga perkara yang sama yang tetap berlaku, harap pandangan ini dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Pusat untuk melaksanakan perintah darurat di seluruh negara sehingga Ogos nanti.

“Kerajaan negeri terperanjat kerana perkara itu tidak dimaklumkan lebih awal, cuma apabila darurat ini sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak boleh dijalankan.

“Keadaan politik di negeri ini stabil dan aman namun kini ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk membincangkan tentang pembangunan negeri dan pihak pembangkang pula yang sentiasa sebelum ini memberikan pandangan dan melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya