Kerajaan NS batal Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat   - Utusan Malaysia

Kerajaan NS batal Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat  

DR. RAZALI AB. MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Januari ini dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik berkata, sehubungan itu semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat itu juga adalah terbatal.

“Kerajaan Negeri Sembilan menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bahawa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14 Januari ini dibatalkan.

“Sehubungan itu semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan adalah terbatal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Razali, pembatalan itu juga adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya