Kerajaan negeri jamin pulihkan rizab sungai yang diteroka

Kerajaan negeri jamin pulihkan rizab sungai yang diteroka

SAARANI Mohamad (kanan) mendengar penjelasan Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Noor Ismadi Ahmad Radzuan ketika meninjau lokasi yang didakwa pokok bakau dimusnahkan di Segari dekat Beruas, Perak hari ini. - FOTO/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Kerajaan negeri memberi jaminan rizab sungai di kawasan ternakan udang seluas 123.5 hektar di Kota Siam di Segari dekat sini milik Perbadanan Pembangunan Kemajuan Negeri Perak (PPPNP) akan dijaga dan dipelihara.

Ia bagi memastikan sumber pencarian sebahagian penduduk kampung yang bergantung kepada sumber marin di kawasan untuk itu tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, untuk itu kerajaan negeri akan memulihkan semula kawasan rizab sungai yang sebelum ini sudah diteroka oleh pengusaha ternakan udang haram bagi memastikan sumber marin di kawasan yang terjejas dipulihkan.

Katanya, langkah menanam semula bakau di lokasi terjejas akan dilaksanakan dengan kerjasama masyarakat setempat dan agensi kerajaan negeri yang akan menyumbang dana untuk tujuan itu.

“Dulu masa orang teroka kawasan bakau mereka teroka secara haram tanpa ambil kira di mana kawasan yang sepatutnya, mereka tak tahu pun rizab sungai di mana.

“Sekarang dengan permintaan orang kampung bahawa perlu rizab sungai untuk memudahkan mereka cari makan dengan menangkap ikan, mereka minta supaya ditanam pokok bakau bagi menunjukkan kawasan sempadan rizab sungai dan mereka sedia membantu.

“Apa salahnya, kita akan tanam semula bakau di kawasan rizab sungai untuk kebaikan kita dan kerajaan negeri tawarkan bantuan dan orang kampung bantu kita untuk tanam,” katanya.

Beliau berkata  kepada pemberita selepas meninjau lokasi yang anak pokok bakau yang didakwa dimusnahkan kontraktor yang diberikan kebenaran menyewa kawasan itu di Segari dekat ini hari ini.

Jumaat lalu, kontraktor terbabit diarahkan untuk menghantikan semua kerja yang sedang dilaksanakan selepas badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan orang kampung membuat aduan bakau yang ditanam di kawasan itu sejak November dan Januari lalu dimusnahkan.

Saarani bagaimanapun menjelaskan, tidak ada sebarang pencerobohan berlaku kerana kontraktor terbabit membersihkan bakau di kawasan yang diberi kebenaran kerana tanah itu adalah milik PPPNP dan penyewa hanya membersihkan kawasan yang akan dibangunkan yang disewanya.

Katanya, pembangunan kawasan berkenaan dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan dengan perancangan yang teliti kerana ia membabitkan kelulusan dan penilaian banyak agensi sebelum boleh diluluskan.

Sementara itu, Saarani menyambut balik usaha yang dilaksanakan Kuasa dalam memastikan kelesterian alam sekitar dengan menanam semula bakau di beberapa kawasan serta turut menawarkan kawasan di sempadan laut untuk ditanam dengan bakau sebagai zon penampan.

“Jika ingin bersama menanam bakau, kita lakukan di sepadan tepi laut, kami bersedia dan PPPNP sedia memberikan sumbangan, tetapi tidak di kawasan ini kerana ia kawasan yang kita ingin bangunkan perusahaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahya berkata, kawasan berkenaan sudah digazetkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sebagai kawasan akuakultur  dengan sewaan kepada pengusaha selama lima tahun dengan sembilan syarikat sudah dipilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN