'Kerabat diraja' didakwa di mahkamah pengubahan wang haram RM2.45j - Utusan Malaysia

‘Kerabat diraja’ didakwa di mahkamah pengubahan wang haram RM2.45j

TERTUDUH, Mohd. Yazzid Ahmad (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas dituduh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.45 juta di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Didakwa menggunakan nama ‘Tunku Yazzid’, kononnnya sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM2.45 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Yazzid Ahmad, 40, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mohd. Yazzid didakwa mengaku sebagai kerabat Diraja Johor untuk meyakinkan sebuah syarikat kononnya bagi mendapatkan projek membersih hutan di sebuah daerah di negeri ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperoleh wang tunai berjumlah RM2.45 juta daripada seorang lelaki yang merupakan hasil aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di luar sebuah bank di Jalan Permas Jaya 10/2, Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada 16 April 2019.

Kesalahan itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya