Keputusan mesyuarat MKT UMNO mendebarkan - Utusan Malaysia

Keputusan mesyuarat MKT UMNO mendebarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat sedikit lewat daripada yang dijadualkan bagi memutuskan pendirian mereka sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia rentetan daripada usul beberapa bahagian perwakilan UMNO di seluruh negara yang tidak mahu bekerjasama dengan parti serpihan UMNO itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 malam ini dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pemimpin yang kelihatan tiba Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin serta ahli MKT, Datuk Seri Tajudin Abd Rahman, Datuk Samsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Azalina Othman Said serta Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Antara lain, Datuk Seri Johari Abd. Ghani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Datuk Jalaluddin Alias, Datuk Razali Ibrahim turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Pada pukul lima petang tadi, berlangsung mesyuarat Biro Politik UMNO yang dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ia berakhir tiga jam selepas itu namun tiada seorang pun dalam kalangan ketua bahagian mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada UMNO masih memberi peluang kepada Bersatu walaupun sudah beberapa kali UMNO mengancam untuk menarik diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya