Kena tipu 'Ayah Isa' nak beli kenderaan - Utusan Malaysia

Kena tipu ‘Ayah Isa’ nak beli kenderaan

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sepasang suami isteri ditipu ‘Ayah Isa’ ketika mahu membeli kenderaan jenis Nissan Frontier selepas alamat yang dinyatakan untuk mengambil kenderaan itu di Labis, Johor tidak wujud.

Pasangan tersebut menaiki bas dari Muadzam Shah, Rompin ke Labis selepas disuruh mengambil sendiri kenderaan tersebut.

Kejadian bermula apabila pemandu jentera berusia 40 tahun itu berminat untuk membeli kenderaan berkenaan sejurus selepas melihat iklan di laman Mudah.my.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa pada pagi semalam menghubungi penjual menerusi nombor telefon yang tertera dalam iklan.

“Mangsa telah menghubungi nombor tersebut dan bercakap dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ayah Isa’.

“Harga yang ditawarkan sebanyak RM10,000 dan setelah berunding, pengadu bersetuju membeli dengan harga RM9,000,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa terus mendepositkan bayaran pendahuluan RM2,000 ke dalam nombor akaun yang diberikan suspek kira-kira sejam selepas persetujuan dicapai.

Jelasnya, suspek memberi alamat di Taman Pelangi, Labis kira-kira 99 kilometer dari Muadzam Shah.

“Kira-kira pukul 4 petang, mangsa menaiki bas dari Rompin bersama isterinya dan telah sampai ke lokasi dinyatakan, tetapi mendapati alamat tersebut tidak wujud.

“Ayah Isa juga gagal dihubungi. Mangsa membuat aduan di Balai Polis Muadzam Shah dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya