Kampung Kemansur dipasang kawat besi bagi memperketatkan kawalan, bukan PKPD - Utusan Malaysia

Kampung Kemansur dipasang kawat besi bagi memperketatkan kawalan, bukan PKPD

KAWAT besi dipasang di Kampung Kemansur di Bentong, Pahang sejak semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pemasangan kawat besi di Kampung Kemansur di sini yang bertujuan sebagai langkah kawalan akan dilakukan dalam tempoh tertentu berdasarkan situasi penularan Covid-19 di kawasan itu.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim berkata, pemasangan kawat besi sebagai langkah keselamatan selepas terdapat individu yang positif Covid-19 dan dikuarantin di kampung berkenaan.

“Saya menjelaskan bahawa ia bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan ia adalah kawalan setempat bagi memastikan individu dikuarantin tidak keluar.

“Jadi saya meminta semua pihak agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak menyembunyikan maklumat sertai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Sejak malam semalam kawasan Kampung Kemansur yang merupakan antara kawasan yang dikenal pasti sebagai Kluster Kemansur dipasang dengan kawat besi oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum ini beberapa lorong di kawasan Taman Temerloh Jaya di Temerloh turut dipasang kawat besi sebagai langkah kawalan susulan terdapat inidvidu dikuarantin di kawasan perumahan berkenaan.

Menurut Mohd. Zulkifli, pada masa ini, kawasan di Bentong masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Katanya, bagi kawasan Kampung Kemansur penduduk masih boleh keluar untuk melakukan urusan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya