Kaji semula keputusan pembatalan HSR Malaysia-Singapura - Utusan Malaysia

Kaji semula keputusan pembatalan HSR Malaysia-Singapura

Che Zakaria melawat beberapa kediaman di Pasir Gudang yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak dua hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHAIRUL MOHD. ALI

PASIR GUDANG: Kerajaan wajar mengkaji semula pembatalan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bagi mengelak keperluan menanggung kerugian termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, kerugian berkenaan bukan sahaja melibatkan kos, tetapi juga limpahan manfaat yang bakal diterima daripada projek berkenaan.

Katanya, sehubungan itu penelitian dan kajian baharu perlu dibuat untuk dibentangkan kepada Kabinet.

CHE ZAKARIA MOHD SALLEH

“Sekiranya dibatalkan begitu sahaja, Malaysia akan menanggung kerugian bukan sahaja daripada segi kos tetapi juga manfaat ekonomi dan pembangunan kesan projek ini.

“Mungkin projek ini boleh diteruskan dengan kos baharu yang mampu ditanggung kerajaan. Justeru saya berharap pelaksanaan projek ini dapat diteliti semula.

“Projek ini banyak manfaat termasuklah meningkatkan jaringan pengangkutan awam antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan sebanyak 600 pek makanan kepada mangsa banjir di Kampung Plentong Baru, Masai di sini hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan pembatalan projek berkenaan kerana tiada kata putus dapat dicapai antara kedua-dua negara terlibat yang turut menyaksikan Malaysia perlu membayar pampasan dianggarkan berjumlah RM300 juta kepada Singapura.

Sebelum itu, Malaysia turut perlu membayar pampasan sebanyak RM45 juta kepada Singapura kerana menangguhkan pelaksanaan projek itu sebelum ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya