Jumlah ingkar SOP berkurangan dengan 482 ditahan

Jumlah ingkar SOP berkurangan dengan 482 ditahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ditahan semalam turun berbanding kelmarin iaitu 482 individu daripada 717 atas pelbagai ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 63,226 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis terdapat seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 444 dikompaun manakala 38 direman dengan kes tertinggi ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 123 kes.

“Ini diikuti tiada pelitup muka (114), gagal sedia alat rekod butiran (72), rentas kawasan tanpa izin (53) dan kes-kes lain (120),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sejumlah 3,106 pasukan yang meliputi 13,474 anggota  memantau 5,490 restoran, 3,904 pasar raya, 3,654 bank, 3,127 rumah ibadat, 1,995 penjaja, 1,437 kilang dan 650 pejabat kerajaan.

Turut dipantau di seluruh negara semalam ujarnya, ialah 1,621 tempat riadah, 1,006 terminal pengangkutan darat, 227 terminal pengangkutan air dan 79 terminal pengangkutan udara.

Seramai tiga pendatang asing tanpa izin juga ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak empat kenderaan darat dirampas, manakala 533 sekatan jalan raya dibuat selain operasi itu mengesan 138 bot atau kapal asing berdekatan perairan negara,” jelasnya.

Ismail Sabri juga memaklumkan sejumlah 64 operasi sanitasi awam meliputi 15,331 premis terdiri daripada pusat perniagaan, kawasan perumahan, pasar raya dan bangunan kerajaan.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, semalam seramai 660 individu tiba di tanah air dengan kesemuanya diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 109,989 individu pulang ke negara ini sejak 24 Julai lalu dengan kuarantin wajib di 74 buah hotel serta 14 institusi latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memeriksa 59 tapak binaan di seluruh negara dengan kesemuanya yang beroperasi didapati mematuhi SOP.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 528 peruncit, 126 pemborong dan 28 pengilang.

Penguat kuasa kementerian itu juga melakukan 1,731 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan empat diberikan nasihat, lima dikenakan amaran dan enam lagi premis dikompaun.

Berhubung saringan wajib pekerja warga asing, semalam 7,796 individu telah menjalaninya dengan 82 orang disahkan positif dan sejumlah 874 buah klinik terlibat dalam program itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN