JPJ hadkan urusan di kaunter - Utusan Malaysia

JPJ hadkan urusan di kaunter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa orang awam supaya menggunakan platform atas talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi transaksi berkaitan kenderaan persendirian.

Transaksi itu termasuk pembaharuan Lesen Memandu (LLM) dan pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) yang boleh dibuat melalui portal jabatan mahupun rakan niaga dan MyEg.

JPJ menerusi kenyataan berkata, perkara itu membolehkan pihaknya menumpukan kepada transaksi di kaunter bagi urusan berkaitan kenderaan perdagangan sahaja. 

Menurutnya, inisiatif itu dibuat untuk memastikan agar semua sektor perkhidmatan perlu negara akan dapat diteruskan dan berjalan seperti biasa.

“Kami sedia maklum mengenai penularan video di media sosial baru-baru ini berhubung rasa tidak puas hati orang awam ekoran keputusan JPJ tidak membuka kaunter bagi urusan kenderaan persendirian.

“Sehubungan itu, kami ingin menjelaskan bahawa kaunter hanya dibuka kepada mana-mana transaksi yang tidak dapat dijalankan secara atas talian sahaja atau atas dasar terdesak,” katanya.

Katanya, pengecualian itu hanya diberikan kepada mana-mana orang awam atau pelanggan jabatan selepas mereka disaring terlebih dahulu oleh pegawai di pintu masuk premis JPJ. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya