JPJ bantu PDRM kuat kuasa PKP di Kelantan - Utusan Malaysia

JPJ bantu PDRM kuat kuasa PKP di Kelantan

ANGGOTA JPJ membantu polis menguatkuasakan PKP di kelantan sehingga 26 Januari depan.- IHSAN JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula Sabtu lalu hingga 26 Januari depan.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kerjasama itu menumpukan empat strategi utama iaitu melakukan rondaan di jalan-jalan Persekutuan dan negeri serta sekatan jalan raya di enam lokasi.

Strategi seterusnya adalah melakukan pemantauan di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini dan pengaktifan stesen-stesen penguatkuasaan (SPK).

“Seramai 120 anggota JPJ digerakkan bermula semalam hingga 26 Januari ini bagi tujuan membantu PDRM di sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, strategi pelaksanaan operasi secara bersepadu itu wajar dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat akibat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat setempat.

Tambah Hanif Yusabra, sasaran Ops Covid-19 adalah kepatuhan aspek SOP serta kesalahab lain berkaitan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

“Sehubungan itu, rakyat di negeri ini perlu mematuhi SOP dan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya