Johor bukan tempat seludup senjata api - Ayob Khan - Utusan Malaysia

Johor bukan tempat seludup senjata api – Ayob Khan

AYOB Khan Mydin Pitchay (dua kiri) menunjukkan gambar pistol separa automatik hasil penemuan senjata api di Sungai Skudai pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penemuan sepucuk pistol separa automatik dan enam laras senjata api ‘airsoft’ pelbagai jenis yang dibuang di Sungai Skudai pada 1 Januari lalu bukan bermakna negeri ini menjadi tempat penyeludupan senjata api.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan senjata api itu hanya digunakan untuk kegiatan jenayah susulan penangkapan 20 lelaki termasuk pengurus syarikat peralatan perkhemahan yang beroperasi berdekatan sungai tersebut.

Menurut beliau, penemuan itu juga adalah rentetan tangkapan lelaki yang bekerja sebagai pengurus syarikat keselamatan yang juga adik kepada pengurus syarikat peralatan perkhemahan terbabit pada Oktober lalu.

Kata Ayob Khan, hasil pemeriksaan oleh pegawai persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor disahkan hanya satu senjata sahaja yang sebenar iaitu sepucuk pistol dan yang lain hanyalah jenis airsoft yang menyerupai senjata sebenar.

“Kalau tengok sepintas lalu, ia nampak macam betul. Malah, syarikat keselamatan itu pun mempunyai lesen untuk menyimpan senjata api. Mungkin yang mereka simpan ini diperolehi dengan salah.

“Samaran mereka cantik (lesen menyimpan senjata api) kerana mungkin mereka beranggapan tidak ada yang akan datang mẹmbuat pemeriksaan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, kesemua suspek yang ditahan bersama-sama 13 lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun termasuk dua beradik tersebut yang merupakan anak kepada seorang individu bergelar datuk.

Sementara itu, beliau berkata, operasi menyelam masih dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai kira-kira 20 senjata api dibuang ke dalam sungai itu dengan tujuh daripadanya sudah ditemukan setakat ini.

Setakat ini, sepucuk pistol separa automatik, enam laras senjata api pelbagai jenis, kira-kira 6,000 butir peluru hidup pelbagai jenis, lima butir peluru jenis 0.22 serta komponen senjata api ‘airsoft’ ditemukan di dasar sungai terbabit.

Tambah Ayob Khan, tiga suspek membabitkan pengurus syarikat peralatan perkhemahan itu dan dua orang pekerjanya dituduh di mahkamah baru-baru ini di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu tidak mengaku salah dan minta dibicarakan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya