Jepun sumbang peralatan perubatan bernilai RM19 juta kepada Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun sumbang peralatan perubatan bernilai RM19 juta kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :Kerajaan Jepun hari ini berbesar hati memberi sumbangan peralatan perubatan bernilai RM19 juta kepada Malaysia khusus bagi memerangi wabak Covid-19.

Sumbangan itu diumumkan pada Sesi Menandatangani Pertukaran Nota antara Malaysia dan Jepun yang berlangsung secara maya di Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Malaysia yang diwakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menyempurnakan majlis menandatangani pertukaran nota kerajaan itu manakala, Jepun diwakili Duta Jepun di Malaysia, Oka Hiroshi.

Kementerian menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, sumbangan itu akan dapat membantu Malaysia dalam memperkukuhkan persediaan dan kesiapsiagaan terutama terhadap keupayaan fasiliti kementerian. 

“Ia juga akan dapat membantu usaha kementerian dalam menghadapi ancaman dan menyelamatkan nyawa semasa pandemik Covid-19,” katanya.

Sesi majlis berkenaan adalah Perjanjian antara Malaysia dan Japan International Cooperation System bagi Penerimaan Geran Peralatan Perubatan Sumbangan Kerajaan Jepun.

Menurut Kementerian itu lagi lagi, sesi berkenaan membuktikan hubungan rapat dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Jepun.

Hadir sama program itu Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Chen Chaw Min. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN