Jangan terlalu ghairah buat spekulasi luar, sebar berita palsu - Utusan Malaysia

Jangan terlalu ghairah buat spekulasi luar, sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pengguna media sosial diingatkan tidak terlampau ghairah atau membuat  spekulasi liar serta berita palsu yang boleh mencetuskan suasana tidak  harmoni di negara ini.

Mengingatkan perkara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, ia susulan perkembangan semasa berkaitan pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perisytiharan proklamasi darurat.

Dalam hal itu, katanya, pihak SKMM akan terus membuat pemantauan bagi membendung  penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik  membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum  (Race). 

“Semua pihak terutamanya pengguna media sosial diingatkan  agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan  pandangan dan membuat sebarang ulasan.  

“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta  Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda  maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SKMM turut menegaskan tindakan penguatkuasaan akan  dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut  peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi  ketenteraman dan kepentingan masyarakat.  

Orang ramai katanya, boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus  kepada SKMM melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada [email protected]

“Selain itu, orang ramai juga  boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ .

“SKMM turut berharap rakyat dapat berganding bahu bersama dengan  kerajaan dalam memberi fokus kepada usaha meredakan ledakan  pandemik Covid-19 dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya