Jangan ganggu peniaga raih pendapatan - Noh Omar

Jangan ganggu peniaga raih pendapatan – Noh Omar

NOH Omar berbual dengan Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Bandar Sungai Long, Fanny Lim Foong Kuan (dua dari kiri) ketika melawat dan mendengar rintihan peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di Pasar Pagi Sungai Long, Kajang, hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak mengganggu lagi peniaga yang mahu meraih pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.

Beliau menganggap tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini yang mengarahkan para peniaga dan penjaja kecil di Pasar Pagi Bandar Sg. Long berpindah ke lokasi baharu tidak sesuai dengan situasi semasa.

“Arahan tak sesuai ketika PKP dan darurat ini, orang tengah susah tapi asyik ganggu peniaga. Sebelum ini pun berlaku di Puchong dan Rawang.

“Perkara ini memang boleh diatasi kalau benar-benar ambil berat masalah rakyat, perlu ada dasar jelas untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika PKP, soal robohkan gerai dan pindah ini tindakan yang menyusahkan rakyat, kita minta hentikanlah,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pasar Pagi Bandar Sg. Long di sini hari ini.

Peniaga dan penjaja Pasar Pagi Bandar Sg. Long membantah keputusan MPKj yang meminta mereka berpindah ke lokasi pasar baharu sebelum 2 Mac.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor akhirnya membuat keputusan untuk memberikan kebenaran berniaga untuk tempoh dua tahun sebelum berpindah ke lokasi baharu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang menyifatkan keputusan itu lebih baik daripada memaksa peniaga berpindah dalam tempoh yang singkat.

“Mereka sudah 20 tahun berniaga di sini tapi apabila tiba-tiba diarahkan berpindah, sudah tentu mereka tidak setuju.

“Adakan perbincangan, bukan sekadar mengambil tindakan, bertindaklah dengan bijak, mereka ini hanya mahu peluang berniaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya